Thursday, 28 May 2015

Insentif Magnet Kejayaan Dan Kekayaan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Amin... Amin.... Salah satu impian saya untuk menduduki kelas Dr Azizan telah termakbul.... 

Sangat energetic... Sangat awesome.... Sangat gila gila.... Sampai tak tau bagaimana nk ungkapkan.... Memang best memang power....

Seperti ada magic yang berlaku...

21-24 mei 2015 dalam sejarah

Terima kasih Dr Azizan Osman
Semoga Ilmumu akan saya amalkan setiap hari
إِن شَاء اللَّهُ  




Sunday, 17 May 2015

BERSYUKUR

berSYUKUR~

berSYUKUR kerana masih mampu bernafas dgn sempurna..
berSYUKUR kerana masih ada tangan utk menyuap nasi..
berSYUKUR kerana masih ada kaki untuk kesana kemari..
berSYUKUR kerana masih ada mata untuk melihat dunia..
berSYUKUR kerana berkesempatan lagi utk mencari rezeki..
berSYUKUR kerana masih boleh meluangkan masa lagi bersama keluarga..

janganlah kita berSYUKUR semata mata kerana wang ringgit...

berSYUKUR lah dengan apa yg kita ada sekarang...

berSYUKUR kerana anda selamat ke tempat kerja tanpa berlaku sebarang kemalangan... 
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن  

SELAMAT PAGI ISNIN Semua...

Aliff 0193751433 
The Man From The PRU

Thursday, 14 May 2015

Perlindungan untuk usahawan

Managing Director syarikat GHK IDEAZ PLT. , Chiq Wani Hasan memilih Prudential BSN Takaful sebagai Perlindungan diri beliau.. Tahniah wani!!

Siap belanja saya dan rakan-rakan Aiskrim MAGNUM lagi... Hehe

Terima kasih wani....

GHK IDEAZ PLT. adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan product pendidikan dalam permainan... Follow IG mereka @ghk_ideaz jika anda inginkan pendidikan dalam bentuk permainan utk anak2 anda...

#prudential #prudentialbsntakaful




Tuesday, 12 May 2015

Admin Work

Selesai kerja admin....
Semoga kesemuanya lulus dengan sempurna.... 
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن  

Alhamdulillah ramai yg dah ada kesedaran.... 😊

The Man From The PRU

Monday, 11 May 2015

Client Gembira

Thanks Izyan kerana memilih saya sebagai Wealth Planner anda...

Anda bijak kerana memilih Prudential BSN Takaful...

Jika rakan2 lain ingin memilih sy sebagai Wealth Planner anda... Call me

The Man From The PRU

Friday, 8 May 2015

Kenapa Saya Pilih Agent Insurance Sebagai Kerjaya?


Assalammualaikum diucapkan kepada semua pembaca sekalian. Pada entry kali ini, saya ingin menyatakan kenapa saya pilih bidang insurance ini sebagai kerjaya.

Terus terang saya cakap bahawa bidang ini bukanlah suatu bidang yg mudah. Bidang ini adalah antara bidang yang mencabar pada setiap insan yang pernah mencubanya atau yang pernah menyertainya atau yang memang kekal sebagai agent sehingga ke hari ini....

TAHNIAH kepada anda yang kekal sebagai agent sehingga ke hari ini.

Pelbagai cabaran untuk menjadi seorang agent insurance ni.. Antaranya apabila ingin meminta restu oleh ibu bapa selalunya mesti dikecam hebat oleh ibu bapa sendiri kerana mengangap bidang ini tidak mampu untuk mencerahkan masa depan anaknya.. Ibu bapa mana yang benarkan anaknya jadi agent insurance? Memang tak pernah ada.. Tetapi saya tetap jugak degil untuk teruskan... Kenapa? Ada sebabnya....

Cabaran seterusnya adalah mungkin saya sudah direject lebih seratus kali? Mungkin saya sudah direject lebih seribu kali? Perkara itu hanya saya sahaja yang tahu...
Ya, bidang ini memang bidang yg paling dibenci oleh setiap orang...
Ramai kawan-kawan saya yang dah tak suka lepak dengan saya..
Ramai kawan-kawan yang dah tak suka chatting bersama saya..
Semua orang dah muak nak dengar ceramah free tentang manfaat insurance.. Ye, memang muak...

Tetapi walaubagaimanapun, saya tetap tidak pernah muak untuk cerita tentang manfaat dan kelebihan insurance pada mereka semua..
Sebab apa? Ada sebabnya...

Antara sebab kenapa saya tetap berdegil adalah kerana saya taknak tengok kawan-kawan saya susah diwaktu mereka sakit dan tidak mampu lagi untuk bekerja.. Pada waktu sakit itu, mustahil lagi boleh bekerja.. Mustahil lagi boleh meneruskan rutin seharian seperti biasa.. 

Kebanyakkan manusia berfikiran mereka adalah kebal dan akan kekal sihat sampai bila-bila... Mereka lebih sayangkan duit daripada nyawa...
Perkara ini yang saya selalu tekankan pada semua orang bahawa nyawa dan kesihatan lebih penting daripada wang ringgit.. Tetapi orang yang sihat selalu berdegil..

Sebab seterusnya adalah, income yang lumayan.. Ya, sangat lumayan kerana increment/kenaikan gaji yang saya miliki adalah setiap hari, setiap minggu, dan setiap bulan mengikut kerajinan.. Jika anda adalah seorang Engineer atau Doctor atau Pilot adakah increment gaji anda mengikut minggu? Atau mengikut tahun? Berapa increment anda setahun?
Tepuk dada tanya diri anda sendiri..

Antara sebab seterusnya adalah reward.. Ya, syarikat insurance yang saya kerja ni selalu bagi reward kepada pekerja mereka yang cemerlang.. Reward gadget, reward melancong, reward jemputan dinner, reward seminar, reward tiket dan macam-macam lagi... Memang berbaloi..

Antara sebab seterusnya adalah berkenaan pengurusan masa.. Masa saya, saya yang tentukan.. Tiada kongkongan masa.. Tidak perlu isi form untuk apply annual leave, tidak perlu terkejar kejar untuk punch card.. Urusan masa saya yang tentukan berapa income yang saya mahu... Semuanya terletak atas diri saya sendiri..

Sebab itulah saya ingin menjadi seorang agent insurance yang berjaya sebagai kerjaya..

Kenapa saya pilih PRUDENTIAL?
Kerana PRUDENTIAL BSN TAKAFUL adalah syarikat insurance no.1 di Malaysia... Yang terbaik diMalaysia...

Sebab itu saya pilih PRUDENTIAL..
😊😊😊